Apa Itu Petanque


Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan permain mendapatkan mata permainan.Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.

Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan dilakukan.